Wednesday, January 26, 2011

Menghilangkan Bekas Jerawat

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka  yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. 

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.
Hehe.. Nak try lar.. Mana tawu berkesan..

Petua Hilangkan Jerawat

credit : En google

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka.. Sekiranya merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit ,kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Syiyes tak pernah try..
Nak try la..

Credit to .. Kat situ banyak tips yang berguna..

Tuesday, January 25, 2011

Lambang bendera zionis Israel dalam PC & laptop anda??

Kalau tak caye, buka laptop or Pc korang
C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10,cari gambar bernama J0285926
 Da jumpe tu padam la ea..
Aku tawu pon dari member kat FB.. Saje nak kongsi pada sape-sape yang berminat.. ^_^

Filem Paranormal Activity

Malam semalam, datang mengarut p lar tengok crite Paranormal Activity

Nie Plot dia (credit to wikipedia) 

In 2006, Katie (Katie Featherston) and her boyfriend, Micah (Micah Sloat), are a young couple who recently moved into a two-story tract house in suburban San Diego, California. Katie claims that a ghostly presence has haunted her since her childhood and believes that it has followed her to their new home. She hires a psychic, Dr. Fredrichs (Mark Fredrichs), who assesses that she is being haunted not by a ghost, but by a demon. He says the demon feeds off negative energy, and its intent is to haunt and torment Katie no matter where she goes. Before leaving, he advises them not to taunt or communicate with the demon, and to contact demonologist Dr. Johann Averies for help. Instead, each night, Micah mounts a video camera on a tripod in their bedroom to record any paranormal activity that might occur while they sleep in the hopes of solving the problem himself.
The camera manages to capture several supernatural phenomena which remain minor at first, including the bedroom door moving by itself, and the sound of rapid footsteps downstairs. As Micah consistently taunts the demon, the phenomena gradually grow worse, including loud bangs and inhuman noises reverberating from deep within the house. One night, Katie awakens to spend several hours standing by the bed staring at Micah while he sleeps before going outside to sit on the backyard swing. Micah awakens and goes in search of her, but when he tries to convince her to come inside she refuses, her voice dreamlike and detached. When Micah goes inside to get her a blanket, he finds the TV turned on in the bedroom and is then startled by Katie, who has followed him inside but says that he woke her up. Micah shows Katie the recording in the morning, but she has no recollection of any of it, including the conversation they had at the swing. Katie, already irritated by Micah's flippant response to the situation, becomes irate when Micah brings home a ouija board despite Dr. Fredrichs' warnings. While the two are out of the house, the Ouija board's planchette moves on its own and a small fire erupts on the board, extinguishing itself moments later. The next night, Micah sprinkles talcum powder in the hallway and later the couple finds non-human footprints leading to the bedroom from the attic. In the attic, Micah finds a burnt photograph of a young Katie, which was previously thought to have been destroyed in an unexplained house fire.
The morning after a particularly intense haunting, a loud bang is heard and they discover the glass over a photo of them has been smashed with Micah's image scratched underneath. Dr. Averies is abroad when Micah finally agrees to invite him, so Dr. Fredrichs comes instead. Upon his arrival, Dr. Fredrichs immediately has a sense of dread. He apologetically leaves despite their pleas for his help, stating that his presence is only making the demon angry. Two nights later, Katie is dragged out of bed and down the hallway by an invisible force. Hearing her screams, Micah gives chase and seizes her back; the next morning they discover a gruesome bite mark on her back. Stressed and exhausted, the couple decide to go to a hotel. Later, Micah finds Katie gripping a crucifix so tightly that it bloodies her palm. Micah, angry at a situation he cannot control, burns the crucifix and the picture found in the attic. Just as Micah is set to leave, a suddenly apathetic, languid Katie insists they remain at the house, claiming that they're "going to be okay now", her voice sounding resigned and flat.
Later that night, Katie awakens to once again stand and stare at Micah while he sleeps. After standing and staring at Micah for approximately two hours, Katie goes downstairs into the darkness. After a moment of silence, Katie lets out a blood-curdling scream of Micahs name, waking Micah who rushes to her while the camera records what sounds like a struggle downstairs. The screams then stop, and a brief silence is followed by the sound of heavy footsteps coming up the stairs. After another brief silence, Micah's body is violently hurled at the camera, knocking it over on its left side where the door is. Katie then slowly walks into view, her clothing soaked with blood. Crouching over Micah's body, she sniffs him before slowly looking at the camera with an evil smile and then lunging toward it, with her face adopting a demonic appearance right before the screen cuts to black.
The film ends with a text stating that Micah's body was discovered by the police on October 11th, 2006, and that Katie's whereabouts remain unknown.
In the alternate ending, Katie gets out of the bed and stands by the side of the bed just like she was in the original ending, except she doesn't move to beside Micah this time. Some time passes, then she finally goes down stairs. She lets out a blood-curdling scream, which wakes Micah up and he runs downstairs to see what's wrong. The screaming continues, and it sounds like there is some sort of struggle between Micah and Katie but the noises eventually stop. Theres silence for a short while before footstops are heard going up and down the stairs, loudly. Katie thens walks up the stairs, blood covering her shirt, with a bloody knife in her hand. She closes the door, then walks up to infront of the camera. She stands idle shortly before she takes the knife and slits her own throat. She falls to the floor and the movie fades to black.

Seram la gak sampai aku nak tidur pon tak senang.. Silly me.. Sape suruh tengok crite seram malam-malam.. Tapi crite Kurafat tak effect pape pon kat aku.. Tengok Midnight Movie 2..

Tapi yang buat aku komfius, rite nie real ke lakonan..
Tengok kat internet, Katie ngan Micah tu hidup lg.. Kompius2..

P/s : Dah tawu penakut, jangan tengok crite seram sebelum tidur.. Nti jd macam aku.. hehe

Thursday, January 20, 2011

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Mula-mula kenal dia dengan lagu Beautiful Girls..

Lepas dengar lagu tu terus terpikat dgn lagu2 dia..

Suara dia sangat2 best..
Sangat2 lar suka dia..

Oh Bruno Mars...

Lagu2 mu sangat best..

Nama Asal :  Peter Gene Hernandez
Burfday8 Oktober 1985

 Oooow nie nie ada darah Filipina, patut muka ada ala asian..

Suka tengok dia main piano..
Suka Lagu dia..
Suka kat Bruno Mars..

p/s : nak tawu yg lain2 pasal dia p lar cari kat atau p lar website dia

Tuesday, January 18, 2011

The Mengarut Day

Hari nie aku dah melalukan benda yang mengarut..
Apa dia eak yang mengarut 2?

Aku hari nie p jusco..
Jalan2 beli makan..
Tamak kan?

Tapi yang paling sedap...

Oreo Baked Cheese...

Fuh! sedapnya.. Fevret nie..
Makan je terus xhengat dunia.. hehe..

p/s : jangan jadi tamak cam haqu.. hehe

Thursday, January 13, 2011

Mata Ku dah Tak Normal..

Akhirnya aku p la wat gak spek..
Buat yg Murah2 jew..

Tadaa.. (Nk enterprem gak hp aku 2) 

Sekarang duniaku yang kabur kembali terang.. Wahaha..

Nak lg besar dr nie, tapi mcm xsesuai lak, nie pon da besar..
Hahaha.. AAK (ada aku kesah) orang nk kutuk aku pkai spek nie.. :P

Sebelum nie mama selalu cakap " G lar buat cermin mata 2  kis, kata selalu fening kepala"
So ma, nie lar spek bru akak.. haha.. Bekenan sangat ngn dy.. hehehe

Friday, January 7, 2011

Fobia oh Fobia...


Aku ada 1 penyakit fobia yang xbleh nak dibuang..
Fobia nek + bawak MOTO...
Bukan motobot ea..

Kalau ada ubat da lama p berubat..
Xsuka lar dengan fobia aku nie..

Kenapa kereta-kereta & lori-lori kat luar tu bawak transport dyowg  macam nak bunuh riders moto nie..
Da la dalam paper makin banyak cite excident membabitkan rider..
Nek seram aku dibuatnya..

Kalau la ada ubat tok fobia aku nie..
Aku da x sangup nak hadapi

Sedey woo ada fobia camni...


cun kan lisa? luv u lisa..

Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
Menghilangkan Tahi Lalat 
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.

Bibir Merah Semulajadi 
Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Melebatkan Bulu Kening 
Cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
Naikkan Seri Wajah
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda.
Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka.. Pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.
Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..

Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @ sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus.

Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. 

cuci muka rerajin...

Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
  • 1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
  • 2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang... tapi kena rajin mengamalkannya... Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur... minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur.

Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

Sentiasa Muda
Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat.

Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda.

Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

 wek.. chantek x saya?


Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu 

Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 

Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik. 

 chomey 2...

Apa itu CINTA

Ape tu CINTA?
Aku pown xpnah faham...

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak DilahirkanRasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

thx for ur info.. 

Agak chantek..

Da makin improve..
Tp sikit jew nie...
Chayok dear...
Explore lagi...
Jgn lak p masuk Explore Race..

Thursday, January 6, 2011

Shaheizy Sam dah ada awek??

Sam da ada awek..
Baru tahu nie..
Oooo.. da ada awek ghupanya..
Alololo comeynya pic dyowg..

waa.. sedey2..
hehe.. ( minat dari kecik 2 ) 
p/s : moga sam bahagia ngan awek tersayang.. hehe

Tuesday, January 4, 2011

Macam Menarik Je.

Macam menarik je ada blog sendiri nie..
Tapi aq nie baru je start..
Tgk blog2 orang lain, chantek2, chomel2...
Bile la dpat ada blog cm dyowg..

Tp xpe..
Usaha tangga kejayaan..
Chayok akis..
U can do it to..
Just need time n explore..

Wayang.. Muvie.. Cinema..

haha... tak ke sama tu..
da lama gak tak p tgk muvie..
laz cte Hantu Kak Limah Balik Rumah...
Siyes, BEST!!

Giler klakar...
Macam nak pecah pangung tu orang dok gelak..

enjet jet semut sape sakit naik atas

Happy burfday to me.. ( pic nie chantek )

pelawok   pelawok   pelawok...

Hish.. Cakap susah la..
Baik p ngok sendiri..
Dijamin tak menyesal...
Tahniah HKLBR coz da kutip 7 juta...

Saya Budak Baru Belajar...!!

Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.....

Hehe 1st enteri..
Bace2 blog orang len teringin lak nak ada blog sendiri..
so.. here they are..
My Own Blog..

Jauh lagi & banyak lagi benda nak belajar nie..
Hehe... chayok2!!