Thursday, March 3, 2011

4 Senaman Kempiskan Perut


A. Knee Circle
1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.

senaman knee circle 1
Senaman knee circle 1

Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.

5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

senaman knee circle 2
Senaman knee circle 2

Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.

Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.

Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.






B. Side Chop

1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.

2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.

3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.

4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.
senaman side chop 1
Senaman side chop 1

Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.

5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.

senaman side chop 2
Senaman side chop 2

Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.

Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.



C. Back Extension

1. Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.

2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.

3. Kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama, angkat juga kaki kanan anda.

senaman back extension
Senaman back extension

4. Semasa berkeadaan seperti di atas, bertahanlah dalam kiraan lima.

5. Setelah itu, kembalilah ke posisi asal perlahan-lahan sambil melepaskan nafas ya.

Lakukan sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Selepas selesai mengangkat tangan kiri dan kaki kanan, tukarlah posisi kepada mengangkat tangan kanan dan kaki kiri.




D. Upper Body Crunch

1. Anda berdiri tegak sambil kaki dibuka lebar sedikit.

2. Letakkan pula kedua-dua tapak tangan di sisi kepala anda dengan tangan ditekankan sedikit.

3. Kemudian, tahan perut dan tarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan.

4. Seterusnya, bengkokkan bahagian sisi pinggang anda ke kanan sehinggalah terasa seperti ada tarikan.

5. Anda tahanlah dalam kiraan lima ya.

6. Selepas itu, kembalilah ke posisi asal secara perlahan-lahan.

7. Kini, anda ulang semula langkah tahan perut dan tarik nafas; serta gerakkan bahagian sisi pinggang ke sebelah kiri pula hingga ada rasa seperti tarikan. Tahanlah dalam kiraan lima.

8. Semasa bahagian sisi pinggang anda dibengkokkan ke kanan dan kiri, pastikan pinggul anda tetap menghadap ke depan.

Sama seperti senaman back extension, ulangi senaman ini sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Pastikan anda buat sebelah kanan dua set dan sebelah kiri juga dua set



Credit to : petuasejagat.blogspot.com .. Kat situ banyak petua-petua yang berguna.. Try lar bukak and cube..

P/s : saya copy bulat-bulat, takut salah info nanti tak menjadi lak..

Monday, February 28, 2011

Nak Lain, Dapat Lain..

Haha..
Jangan salah anggap dengan title nie..


Credit : En Google

 
Credit : En Google  

Nie keta idaman kalbu ku...
Waa.. Sunguh bez kalau dapat sebijik macam nie...
Tapi apakan daya..
Tak de rezeki den..
Waaa.. Sodey jew..

Tapi, Mr C aq nk release ari nie..
Yeye..
Tak sabar den..
Walaupun dia bukan idaman kalbu, but at lease aq dapat gak..

Wahai En Dealer, nape tak call lg.. Hailo..




Friday, February 25, 2011

Chris Medina dah terkeluar AI...






 Chris Medina


Sedihnya tengok AI malam tadi..
Chris Medina tak dapat tempat dalam top 24..
Ala.. Tak bez nya..
Jennifer menangis lepas cakap dengan Chris dia terkeluar..

Sedih2.. 

Chris, tahun depan cuba lagi..
Jangan patah semangat!! (macam la dia bace page buruk nie,.. hehe) 


 

Saturday, February 12, 2011

Mary is Out all Night


Oh no!! Ada Jang Geun Suk..!

Yeh! Projek minggu depan nak tengok crite nie lak..
Jang Geun Suk I Lap U..
U tak lap i pon xpe, biala i jadi kekasih cerahmu.. hahaha (perasan lebih)


Cool bebeh!


Kawaii!!




Ur smile killing me.. argh!! (dush2)



Wahai kakak ku.. Cepat-cepat lar bg cd crite nie kat den.. hehe

Friday, February 11, 2011

Masa Lapangku..

Da lama tak update blog nie..
Berabuk dah..
Hehe..
Bz lol..
Manyak projek den buat..
P holiday, P jalan-jalan..
And latest mgadap crite korea tak ingat kanan kiri...


my girlfriend is a gumiho

Crite nie bez sgt...
Funny + chomey + romantik..
hehe..

Nak tawu jalan crite dia, tengok la sendiri..
Klu crite nti tak bez la plak..
So, ramai-ramai la p cri CD crite nie
Tak menyesal lar habiskan masa dan duit tgk crite nie.. hehehe..


 
 Mamat nie cool.. hehe..

 


Scene sengal..


Chomeynya mamat nie..



Go Mi Nam pon terselit dlm crite nie... Tp Jang Geun Suk tak da lak..

Heroin dia cun tp xleh lawan Go Mi Nam dalam hatiku.. hehe




My Girlfriend is a Gumiho


Wednesday, January 26, 2011

Menghilangkan Bekas Jerawat

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka  yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. 

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.
 
 
Hehe.. Nak try lar.. Mana tawu berkesan..

Petua Hilangkan Jerawat

credit : En google



Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka.. Sekiranya merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit ,kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.


Syiyes tak pernah try..
Nak try la..

Credit to istimewa2u.blogspot.com .. Kat situ banyak tips yang berguna..